PM Wong ucap tahniah kepada Paetongtarn Shinawatra atas pelantikan sebagai PM Thai
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Sakchai Lalit/AP
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengirimkan sepucuk surat kepada rakan sejawatannya di Thailand, Paetongtarn Shinawatra untuk menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikannya.
Cik Paetongtarn, 37 tahun, merupakan perdana menteri termuda Thailand. Pelantikannya diterima oleh Raja Thailand pada 18 Ogos, selang dua hari selepas beliau dipilih oleh para penggubal undang-undang di Parlimen.

Dalam surat yang dikirimkan kepada Cik Paetongtarn bertarikh 18 Ogos, Encik Wong mengesahkan bahawa Singapura dan Thailand akan meraikan 60 tahun hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua negara tahun depan.
Beliau mengundang Cik Paetongtarn serta suaminya untuk melawat Singapura "secepat boleh".
"Saya juga harap untuk mengadakan lawatan pengenalan saya ke Thailand secepat mungkin," tulis Encik Wong, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 15 Mei.
Encik Wong menyuarakan keyakinan beliau bahawa hubungan antara Singapura dengan Thailand akan terus diperkukuh dalam beberapa tahun akan datang.
"Singapura dan Thailand berkongsi hubungan yang terjalin sekian lama dan dalam berbagai-bagai aspek, berasaskan hubungan ekonomi yang mantap, kerjasama pertahanan yang kukuh, dan hubungan dari segi politik serta antara rakyat yang (diusahakan secara berkala)," jelasnya.
"Kerjasama kukuh ini dibina oleh generasi pemimpin berturut-turut dan telah berkembang selama bertahun-tahun."
Kedua-dua negara meneruskan usaha meneroka bidang baharu kerjasama, termasuk tenaga hijau, kemampanan dan digital ekonomi.
"Sebagai rakan dan jiran yang berpendirian sama, Singapura dan Thailand juga bekerja rapat di forum pelbagai hala termasuk di ASEAN," tambah Encik Wong.
Dalam menyampaikan ucapan tahniah kepada Cik Paetongtarn, Encik Wong menekankan bahawa beliau pasti Thailand akan terus maju dan makmur di bawah pucuk kepimpinannya.
"Saya mendoakan kejayaan bagi anda sedang anda memulakan penggal baharu anda," ujarnya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.