PM Wong ucap tahniah kepada Muhammad Yunus yang dilantik pimpin pemerintah sementara Bangladesh
Anggaran Waktu Membaca:
Pemenang Hadiah Nobel Muhammad Yunus. (Gambar: AP)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong mengutuskan sepucuk surat kepada Muhammad Yunus untuk menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikannya sebagai ketua penasihat Bangladesh.
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Khamis (15 Ogos).
Yunus, yang merupakan pemenang Hadiah Nobel, mengangkat sumpah untuk menerajui pemerintah sementara tersebut selepas pemberontakan yang dipimpin pelajar mengakhiri pentadbiran Cik Sheikh Hasina selama 15 tahun.
"Saya ingin sampaikan ucapan tahniah kepada anda dan ucapkan yang terbaik bagi anda atas pelantikan sebagai Ketua Penasihat Pemerintah Republik Rakyat Bangladesh," tulis Encik Wong dalam surat ucapan tahniahnya itu.
"Dalam tempoh peralihan ini, pemerintah sementara anda sudah menggalas tugas yang penting tanpa gentar dalam mengembalikan kestabilan.
"Saya yakin di bawah pucuk kepimpinan anda, Bangladesh akan kembali ke jalan keamanan dan kemakmuran, di mana semua masyarakat wujud bersama secara harmoni. Semoga anda dan pemerintah berjaya."
Encik Wong juga menyentuh tentang "persahabatan yang muhibah dan terjalin sekian lama" antara Singapura dengan Bangladesh.
Kedua-dua negara itu bekerjasama dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan dan pelaburan, buruh, tenaga boleh diperbaharui, infrastruktur serta pengurusan pelabuhan, kata Encik Wong.
"Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan anda untuk memperkukuhkan lagi hubungan rapat antara negara kita."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.