Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Wong ucap tahniah kepada Harini Amarasuriya atas pelantikan semula sebagai PM Sri Lanka

Anggaran Waktu Membaca:
PM Wong ucap tahniah kepada Harini Amarasuriya atas pelantikan semula sebagai PM Sri Lanka

(Gambar: Sri Lanka President's Office / AFP)

Diterbitkan : 28 Nov 2024 01:27PM Dikemas Kini : 28 Nov 2024 03:20PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong telah menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Sri Lanka Harini Amarasuriya untuk mengucapkan tahniah atas pelantikannya, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Khamis (28 Nov).

Dr Amarasuriya dilantik semula sebagai perdana menteri pada 18 Nov oleh Presiden Sri Lanka Anura Kumara Dissanayake.

Pemimpin berusia 54 tahun itu, yang merupakan ahli akademik dengan ijazah kedoktoran dalam bidang antropologi sosial dari Universiti Edinburgh, akan memegang portfolio pendidikan dan pendidikan tinggi.

Dalam suratnya kepada Dr Amarasuriya pada Rabu (27 Nov), PM Wong menyampaikan "tahniah tulus ikhlasnya" kepada beliau.

“Rakyat Sri Lanka telah memberikan anda mandat yang kuat untuk memimpin negara dan memulakan reformasi.

"Saya yakin di bawah kepimpinan anda, Sri Lanka akan berjaya dan bertambah hebat," tulis PM Wong.

Beliau menambah bahawa kedua-dua negara berkongsi hubungan kukuh yang terjalin sejak sekian lama yang dibina atas kerjasama ekonomi yang kukuh dan hubungan muhibah antara rakyat kedua-dua negara.

Kedua-dua negara juga bekerjasama dalam banyak bidang termasuk kredit karbon, jagaan kesihatan dan pendigitalan, kata PM Wong.

“Sedang kita menghampiri ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik pada 2025, saya berharap dapat terus bekerjasama untuk mengukuhkan lagi persahabatan antara Singapura dan Sri Lanka.

"Saya doakan anda sihat dan berjaya dalam peranan baharu anda," tambah PM Wong.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan