Skip to main content

Singapura

PM Wong ucap Selamat Hari Raya kepada umat Islam SG dengan cara cukup menarik

Perdana Menteri Lawrence Wong mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Singapura dengan satu cara yang cukup menarik.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Mar 2025 07:35PM Dikemas Kini : 31 Mar 2025 09:38PM
  • Perdana Menteri Lawrence Wong mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Singapura dengan satu cara yang cukup menarik.
  • PM Wong memuat naik sebuah video di Facebook yang menunjukkan beliau memainkan lagu 'Suasana Hari Raya' menggunakan angklung bersama-sama kumpulan pemuzik setempat, Artusik.
  • Walaupun angklung bukanlah satu alat muzik yang biasa ditemukan, PM Wong langsung tidak kelihatan canggung.
  • Dalam catatannya yang dimuat naik bersama video tersebut, PM Wong berkata muzik ada cara yang tersendiri untuk menyatukan masyarakat, sama seperti musim perayaan seperti Lebaran.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Singapura dengan satu cara yang cukup menarik.

PM Wong memuat naik sebuah video di Facebook yang menunjukkan beliau memainkan lagu 'Suasana Hari Raya' menggunakan angklung bersama-sama kumpulan pemuzik setempat, Artusik.

Walaupun angklung bukanlah satu alat muzik yang biasa ditemukan, PM Wong langsung tidak kelihatan canggung.

Bahkan, dalam interaksinya dengan Artusik, para anggota kumpulan itu turut terpegun apabila mendengar PM Wong membincangkan teknik muzik ketika beliau cuba untuk menghafal nota-nota lagu.

Dalam catatannya yang dimuat naik bersama video tersebut, PM Wong berkata muzik ada cara yang tersendiri untuk menyatukan masyarakat, sama seperti musim perayaan seperti Lebaran.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita