Skip to main content

Singapura

PM Wong, SM Lee ucap selamat berpuasa kepada umat Islam SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Feb 2026 07:56PM Dikemas Kini : 04 Mar 2026 09:10PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam Singapura.

PM Wong berkata demikian menerusi rakaman video yang dimuat naik ke Facebook dan Instagram pada Rabu (18 Feb).

Dalam video tersebut, PM Wong berkata: "Kepada semua umat Islam di Singapura, semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dan membawa keberkatan. Selamat berpuasa!"
Sehubungan itu, Menteri Kanan Lee Hsien Loong turut menyampaikan ucapan selamat berpuasa kepada umat Islam Singapura.

Dalam rakaman video yang dimuat naik ke Facebook pada Rabu, SM Lee berkata: "Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna!"

SM Lee turut mengalu-alukan penyertaan dalam acara berbuka puasa tahun ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita