Skip to main content

Singapura

PM Wong, SM Lee sanjung pengorbanan, sumbangan NSF, NSmen dan askar sepenuh masa sempena Hari SAF

Anggaran Waktu Membaca:
  PM Wong, SM Lee sanjung pengorbanan, sumbangan NSF, NSmen dan askar sepenuh masa sempena Hari SAF

(Gambar: Facebook/Lee Hsien Loong)

Diterbitkan : 01 Jul 2026 01:25PM Dikemas Kini : 01 Jul 2026 01:26PM
  • Perdana Menteri Lawrence Wong menyeru rakyat Singapura menghargai pengorbanan anggota SAF sempena Hari SAF pada 1 Julai.
  • Beliau menekankan bahawa keamanan dan keselamatan negara bergantung kepada kekuatan serta dedikasi anggota SAF dari generasi ke generasi.
  • Menteri Kanan Lee Hsien Loong turut mengucapkan terima kasih kepada anggota lelaki dan wanita SAF, kakitangan awam serta keluarga mereka atas sumbangan kepada pertahanan negara.
  • Kedua-dua pemimpin menegaskan pentingnya kewaspadaan berterusan untuk memastikan Singapura kekal selamat dan berdaulat.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong menyeru rakyat Singapura supaya menghargai pengorbanan dan sumbangan para anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF), anggota kerahan NSmen dan anggota tetap Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), sempena sambutan Hari SAF pada Rabu (1 Jul).

Dalam catatan Facebooknya, PM Wong berkata para anggota SAF sentiasa bersiap sedia setiap untuk memastikan Singapura kekal selamat.

Beliau berkata keamanan, keselamatan dan kedaulatan Singapura bergantung kepada SAF yang kukuh dan berwibawa.

Menurut beliau, kekuatan SAF dibina dari satu generasi ke generasi seterusnya yang telah menyahut seruan untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan keberanian.

PM Wong turut mengucapkan terima kasih kepada mereka atas komitmen dan pengorbanan dalam mempertahankan Singapura.
Dalam catatan berasingan, Menteri Kanan Lee Hsien Loong turut mengucapkan Selamat Hari SAF dan mengiktiraf sumbangan anggota lelaki dan wanita SAF kepada pertahanan negara.

SM Lee berkata Singapura menikmati keamanan dan keselamatan selama hampir 61 tahun, tetapi keamanan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang pasti.

Beliau berkata kewaspadaan berterusan kini lebih penting daripada sebelumnya, dengan anggota SAF bertugas sepanjang masa melindungi ruang udara, darat, laut dan ruang digital.

SM Lee turut berterima kasih kepada para anggota pasukan seragam, kakitangan awam yang bekerja di balik tabir serta keluarga mereka kerana memastikan SAF sentiasa bersiap siaga, kukuh dan boleh dipercayai.
Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita