Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Wong seru rakyat terus bersatu hadapi masa depan tidak menentu

Perpaduan dan sokongan sesama rakyat penting untuk Singapura terus maju menghadapi masa depan yang tidak menentu.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perpaduan dan sokongan sesama rakyat penting untuk Singapura terus maju menghadapi masa depan yang tidak menentu.

Demikian seruan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa menghadiri acara perjumpaan Hari Raya anjuran bersama M³@Toa Payoh serta MAEC Bishan-Toa Payoh dan Marymount pada Sabtu (19 Apr).

"Kami telah menempuh perjalanan yang sangat jauh di Singapura dan kami telah mencapai kemajuan, dengan begitu banyak yang perlu kita syukuri. Namun, kita juga sedar akan cabaran-cabaran yang menanti," kata PM Wong dalam ucapan ringkasnya.

“Apabila kita melihat keadaan di seluruh dunia, kita tahu keadaan akan menjadi lebih tidak menentu. Oleh itu, kita berharap dapat bersatu padu sebagai satu rakyat dan terus saling menyokong antara satu sama lain. Dengan kekuatan dan perpaduan yang utuh di Singapura, kita mampu mengatasi segala cabaran yang mendatang,” tambah PM Wong.

Beliau turut melahirkan rasa gembira kerana rakyat Singapura dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni, sambil meraikan perayaan pelbagai kaum bersama-sama.

Lebih 500 penduduk menghadiri acara di Lorong 1 Toa Payoh ini, termasuk keluarga penerima bantuan, anggota akar umbi dan sukarelawan.

Acara dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, termasuk persembahan oleh artis tempatan seperti Iskandar Ismail dan Hady Mirza.

Penduduk juga berpeluang menyertai aktiviti interaktif kebudayaan Melayu seperti menganyam ketupat dan bermain kompang.
Sumber : BERITA Mediacorp/HK/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan