PM Wong sertai karnival sukan dan kesejahteraan bersama penduduk Ang Mo Kio
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong menyertai lebih 1,000 penduduk Ang Mo Kio dan kawasan sekitarnya bagi sebuah karnival sukan dan kesejahteraan pada Sabtu (5 Okt).
Tujuan karnival tersbeut adalah untuk menggalak penuaan aktif dan gaya hidup sihat bagi semua.
Selain kegiatan seperti Zumba Gold, orang ramai juga berpeluang menyumbang tenaga dalam kegiatan amal mengumpul 700 kilogram beras untuk para penerima bantuan di kawasan itu.
Sebanyak 1 kilogram beras akan didermakan bagi setiap 100 meter mereka mendayung.
PM Wong yang beramah mesra dengan para penduduk di karnival ini turut menyertai permainan pickleball.
Menteri Kanan Lee Hsien Loong dan para Anggota Parlimen (AP) kawasan itu turut hadir di acara itu.
"Kami tidak selalu dapat menganjurkan acara berskala besar, kebanyakan acara biasanya diadakan di peringkat divisyen. Tetapi kali ini, acara ini diadakan di kesemua lima divisyen GRC Ang Mo Kio, serta SMC Yio Chu Kang dan SMC Kebun Baru," kata AP GRC Ang Mo Kio Darryl David.
"Kami mempunyai banyak elemen, banyak aspek sukan dan kesejahteraan. Kami mempunyai kesejahteraan mental, emosi. Kami mempunyai (kegiatan) kesejahteraan khas bagi warga emas dan juga banyak kegiatan fizikal," tambanhya.

Sumber : CNA/ai/AE
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.