PM Wong sampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pertama pada 18 Ogos
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pertamanya pada 18 Ogos.
Acara itu akan diadakan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Tengah di Ang Mo Kio, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu (10 Jul).
Rapat Umum Hari Kebangsaan merupakan ucapan politik tahunan paling penting, di mana Perdana Menteri akan berucap kepada seluruh negara dan berkongsi hal-hal dasar utama.
PM Wong, 51 tahun, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura yang keempat pada 15 Mei, peralihan kepimpinan yang pertama dalam tempoh 20 tahun.
Pada Rapat Umum Hari Kebangsaan 2023, mantan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan beberapa perkembangan mengenai perumahan, serta Pakej Majulah baharu bernilai S$7 bilion untuk membantu warga tua memenuhi keperluan persaraan mereka.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.