PM Wong, Putera Mahkota Brunei bincang jagaan kesihatan bagi penduduk menua
Perdana Menteri Lawrence Wong melakukan lawatan dua hari ke Brunei Darussalam pada 3 dan 4 November bagi menghadiri Program Pemimpin Muda ke-11.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong melakukan lawatan dua hari ke Brunei Darussalam pada 3 dan 4 November bagi menghadiri Program Pemimpin Muda ke-11.
Semasa lawatannya itu, PM Wong turut mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah.
"Kami mengadakan perbincangan yang hebat, membincangkan masa depan perkongsian kita sambil kita mengalu-alukan detik bersejarah seperti ulang tahun ke-50 hubungan pertahanan dan ulang tahun ke-60 Perjanjian Pertukaran Mata Wang," kata PM Wong dalam catatan Facebooknya pada Isnin (3 Nov).
PM Wong menambah, mereka turut membincangkan tentang keutamaan bersama terutama sekali jagaan kesihatan, yang merupakan keprihatinan utama khususnya penduduk yang semakin menua di kedua-dua negara.
Beliau juga melakukan lawatan ke Pusat Perubatan Taman Jerudong (JPMC) semasa di Brunei.
"Saya menyaksikan sendiri komitmen kukuh dalam menyediakan khidmat jagaan bermutu tinggi kepada para pesakit," kata PM Wong dalam catatan Facebooknya.
PM Wong menambah, beliau turut berpeluang bertemu dengan usahawan Singapura di Brunei yang berkongsi pengalaman mereka dan membincangkan peluang kerjasama baharu.
Semasa lawatannya itu, PM Wong juga bertemu dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dalam satu jamuan tengah hari.

Sumber : Sumber Web/HA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.