Skip to main content

Singapura

PM Wong perkukuh hubungan dengan pemimpin Eropah di luar sidang puncak G20

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Nov 2025 05:51PM Dikemas Kini : 12 Dec 2025 01:01PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong yang menghadiri Sidang Puncak G20 di Afrika Selatan pada Ahad (23 Nov) bertemu dengan para pemimpin Eropah bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan meneroka kerjasama baharu.

Di luar sidang puncak di Johannesburg itu, PM Wong bertemu dengan Perdana Menteri Belanda Dick Schoof.

Menurut Encik Wong, kedua-dua negara gigih mengukuhkan kerjasama bagi mengharungi dunia yang tidak menentu secara bersama.

Beliau turut bertemu dengan Canselor Jerman Friedrich Merz, bagi mengukuhkan perkongsian strategik dalam bidang-bidang
seperti ekonomi, pertahanan, serta kerjasama siber dan digital.

PM Wong juga mengesahkan semula hubungan dengan pemimpin Ireland Micheal Martin, untuk memupuk hubungan ekonomi yang rapat serta pertumbuhan bagi bidang sains hayat dan teknologi.

Encik Wong juga bertemu dengan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen, dan membincangkan cara-cara untuk mengukuhkan hubungan EU-ASEAN.

Sumber : BERITA Mediacorp/AA/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita