Skip to main content

Singapura

PM Wong, Ong Ye Kung zahir penghargaan kepada petugas jagaan kesihatan sempena Hari Jururawat

Anggaran Waktu Membaca:
PM Wong, Ong Ye Kung zahir penghargaan kepada petugas jagaan kesihatan sempena Hari Jururawat

Perdana Menteri Lawrence Wong bersama para jururawat Hospital Tan Tock Seng (TTSH). (Gambar: MDDI/Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 01 Aug 2026 12:18PM Dikemas Kini : 01 Aug 2026 12:23PM
  • Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menzahirkan penghargaan kepada jururawat serta karyawan jagaan kesihatan sempena Hari Jururawat di Singapura.
  • PM Wong melawat Hospital Tan Tock Seng untuk memahami perkembangan kerjaya kejururawatan dan menyatakan penghargaan atas perubahan positif yang dibawa jururawat.
  • Ong Ye Kung turut meraikan Hari Jururawat SingHealth dengan memberi tunduk hormat bersama anggota pengurusan sebagai tanda penghargaan.
  • Acara dan ucapan penghargaan ini bertujuan mengiktiraf dedikasi serta sumbangan penting jururawat kepada masyarakat.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong menzahirkan penghargaan kepada semua jururawat dan karyawan jagaan kesihatan sempena Hari Jururawat pada Sabtu (1 Ogos).

Menerusi catatan beliau di laman Facebook pada pagi Sabtu, beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka atas dedikasi, keprihatinan dan khidmat yang dicurahkan dalam menjalankan tugas.

Awal dari itu, PM Wong melawat Hospital Tan Tock Seng (TTSH) bagi meluangkan masa bersama beberapa jururawat serta mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana kerjaya kejururawatan terus berkembang.
Menurut PM Wong, lawatan itu memberi beliau penghargaan yang lebih mendalam terhadap perubahan pada bidang kejururawatan serta pelbagai cara jururawat terus membawa perubahan kepada kehidupan pesakit di Singapura.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung juga meraikan jasa jururawat dan karyawan jagaan kesihatan dalam sambutan Hari Jururawat SingHealth pada Rabu (29 Jul).
Menerusi catatannya di Facebook, Encik Ong berkata, Hari Jururawat merupakan acara tahunan bagi memberikan penghargaan kepada sumbangan dan dedikasi para jururawat.
Selaras dengan tradisi SingHealth, para anggota pengurusan, termasuk Encik Ong, memberikan tunduk hormat sebagai tanda penghargaan kepada jururawat semasa sambutan tersebut.
Sumber : BERITA Mediacorp/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita