PM Wong mahu pasukan 5G bersedia jelang Pilihan Raya Umum seterusnya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kabinet Singapura kini kebanyakannya terdiri daripada pemimpin Generasi Keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP) bersama beberapa ahli politik veteran Generasi Ketiga (3G), dan “tidak lama lagi”, ia akan menjadi Kabinet 4G dengan beberapa anggota 5G, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Ahad (9 Nov).
"Menjelang pilihan raya akan datang, saya berharap kita dapat melihat pasukan 5G baharu terbentuk," katanya pada konvensyen tahunan parti pemerintah yang diadakan di Singapore Expo.
Mencari rakyat Singapura yang berwibawa dan bertekad untuk berkhidmat kepada negara dengan menyertai politik serta "menyokong tujuan" PAP masih diteruskan, kata Encik Wong.
Beliau juga menegaskan bahawa PAP akan bersedia apabila Pilihan Raya Umum yang seterusnya tiba, sama ada pada 2030 atau lebih awal daripada itu.
"Saya berharap dapat menarik lebih ramai calon yang berpotensi dan bersedia tampil untuk berkhidmat dalam politik, kerana usaha ini tidak boleh berhenti.
"Itulah cara kita menyerahkan 'obor', dari satu generasi ke generasi berikutnya, itulah cara kita memastikan Singapura terus maju dan kekal cemerlang sebagai sebuah negara dan sebagai satu rakyat," kata Encik Wong.
Pada Ahad, Encik Wong turut membincangkan prestasi parti dalam Pilihan Raya Umum 2025, keutamaan untuk penggal baharu pemerintah, serta keperluan parti pemerintah menegur tingkah laku buruk dalam politik, tidak kira sebesar mana pun.
Mengenai tanggungjawab untuk bersuara mengenai tingkah laku sedemikian, beliau berkata ia memerlukan "orang terbaik dari segi kecekapan dan perwatakan".
"SEKARANG GILIRAN SAYA"
Beliau kemudian mengimbas semula perbualan dengan mantan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 2006, ketika beliau menjadi ketua setiausaha sulit Encik Lee.
"Pilihan Raya Umum baru sahaja berakhir dan saya berkata kepadanya, kita akhirnya boleh berehat seketika," kata Setiausaha Agung PAP itu.
Namun Encik Lee berkata masih banyak kerja mendesak yang perlu dilakukan, terutamanya dalam pembaharuan parti.
"Saya berfikir: ‘kenapa perlu tergesa-gesa? Anda baru sahaja menamatkan pilihan raya pertama sebagai Perdana Menteri. Sudah pasti anda ada masa'," katanya.
"Sekarang giliran saya. Kini saya faham betapa pentingnya perkara ini."
Ini kerana generasi baharu memerlukan masa untuk belajar, bersedia dan memperoleh keyakinan serta kepercayaan rakyat Singapura, kata Encik Wong.
"Jika anda terlepas satu penggal, anda kehilangan lima tahun," katanya.
Beliau berkata bahawa "kemajuan baik" sudah dicapai dalam GE tahun ini, dengan 27 Anggota Parlimen (AP) baharu dan yang pertama kali di parlimen.
"Dalam masa beberapa bulan sahaja, mereka telah menonjolkan diri mereka, membina hubungan kukuh di peringkat akar umbi, dan membuat penambahbaikan nyata bagi penduduk mereka,” tambahnya.
Beliau memberi beberapa contoh: AP GRC West Coast-Jurong West, Hamid Razak dan Cassandra Lee, serta AP GRC East Coast, Hazlina Halim.
Beberapa langkah juga sudah diambil untuk memperbaharui pasukan Kabinet, kata Encik Wong, sambil menekankan bahawa beliau merupakan anggota Kabinet termuda pada penggal pemerintah sebelumnya.
Beliau kemudian menamakan enam pemegang jawatan politik baharu dalam penyusunan semula Kabinet.
Mereka ialah Pemangku Menteri Pengangkutan, Jeffrey Siow, Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia David Neo, Menteri Negara bagi Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Tenaga Manusia, Dinesh Vasu Dash, Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Pendidikan Jasmin Lau, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga, Goh Pei Ming.
Zhulkarnain Abdul Rahim akan memegang jawatan Menteri Negara Ehwal Luar merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga pada 2026.
“Mereka, dan pemegang jawatan baharu lain, membawa tenaga dan perspektif baharu serta komitmen mendalam untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura," katanya.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.