PM Wong lawat Filipina dari 4-5 Jun; Shanmugam jadi pemangku perdana menteri
Anggaran Waktu Membaca:
PM Lawrence Wong di Sidang Puncak ASEAN ke-46 pada 26 Mei 2025. (Gambar fail: CNA/Fadza Ishak)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong akan mengadakan lawatan pengenalan dua hari ke Filipina pada Rabu (4 Jun) atas undangan Perdana Menteri Ferdinand Marcos Jr.
Demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Selasa (3 Jun).
Semasa ketiadaan PM Wong, Menteri Penyelaras Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam akan bertindak sebagai pemangku perdana menteri.
Meski Singapura lazimnya menetapkan seorang timbalan perdana menteri untuk memikul tanggungjawab sebagai pemangku perdana menteri, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong kini sedang berada di Paris sehingga Rabu bagi pelbagai acara rasmi, termasuk mesyuarat majlis menteri yang dianjurkan oleh Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.
PM Wong, yang juga menteri kewangan, akan mengambil bahagian dalam upacara meletakkan kalungan bunga pada Monumen Rizal - iaitu tugu peringatan bagi seorang nasionalis Filipina Jose Rizal - dan menghadiri majlis sambutan rasmi di Istana Malacanang, yang merupakan kediaman rasmi presiden itu, menurut PMO.
PM Wong juga akan mengadakan pertemuan delegasi dengan Presiden Marcos Jr, yang akan menjadi tuan rumah kepada acara jamuan makan untuk beliau.
"Lawatan ini mengesahkan komitmen Singapura untuk mengukuhkan kerjasama cemerlang kita dengan Filipina dan membuka peluang-peluang untuk para pemimpin itu saling bertukar-tukar pandangan mengenai usaha memperdalam hubungan dua hala, selain perkembangan serantau dan global," menurut PMO.
Menyertai PM Wong dalam lawatan itu ialah isterinya, Cik Loo Tze Lui, Menteri Kanan Negara bagi Kementerian Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri Sim Ann dan juga para pegawai dari Kementerian Ehwal Luar dan PMO.
Ini merupakan lawatan dua hala pertama PM Wong sejak dilantik semula sebagai perdana menteri selepas Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang dalam Pilihan Raya Umum 3 Mei.
Pejabat Komunikasi Presiden Filipina menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin menyatakan kedua-dua pemimpin akan "berbincang untuk mengukuhkan hubungan Filipina-Singapura dan meneroka peluang bagi kerjasama lebih mendalam dalam pelbagai sektor" semasa rundingan dua hala pada Rabu.
Ini termasuk sektor-sektor seperti kesihatan, mitigasi perubahan iklim dan kerjasama dalam perkhidmatan awam.
"Presiden Marcos dan Perdana Menteri Wong juga dijangka saling bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan-perkembangan utama politik dan ekonomi di rantau ini, mengesahkan komitmen bersama kepada kestabilan dan kemakmuran serantau," menurut pejabat itu.
Pejabat itu juga menarik perhatian bahawa lawatan PM Wong juga menandakan yang pertama oleh seorang perdana menteri Singapura sejak 2017, sekali gus "menekankan pentingnya pendampingan peringkat tinggi yang diperbaharui".

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.