PM Wong jangka inflasi terus berkurangan ke paras sebelum COVID
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong menjangkakan inflasi akan terus berkurangan ke paras sebelum pandemik COVID-19 mulai sekarang hingga tahun depan.
Ini di tengah-tengah prospek ekonomi yang cerah.
Dalam satu ucapan menerusi video mengenai usaha membantu warga Singapura mengharungi kos sara hidup yang meningkat, PM Wong menggariskan langkah-langkah sokongan termasuk rebat dan pengagihan wang tunai.
Beliau menambah bank-bank dan rangkaian pasar raya juga sudah memainkan peranan masing-masing dengan menawarkan diskaun serta subsidi kepada golongan memerlukan.
PM Wong menambah di kebanyakan daerah, kumpulan-kumpulan akar umbi juga berganding bahu dengan para penderma untuk menghulurkan sokongan kepada para penduduk yang kurang bernasib baik.
Ini termasuk mengagih-agihkan pek berisi barangan runcit secara berkala.
PM Wong berkata: "Satu insiatif menggalakkan adalah mengagihkan makanan tidak terjual atau makanan baki di Singapura.
"Banyak makanan terbazir di Singapura setiap tahun. Ada daripadanya makanan yang sihat dan masih boleh dimakan. Kita seharusnya menyasarkan untuk mengagihkan semula lebihan makanan seperti itu daripada restoran, pasar raya dan pemborong.
"Ini bukan sahaja akan mengurangkan pembaziran makanan tetapi juga membantu keluarga-keluarga kita yang rentan.
"Banyak kumpulan dan individu yang berjiwa bakti sudahpun melakukan begini dalam masyarakat."
Pada jangka masa panjang, PM Wong berkata kunci untuk menguruskan kos sara hidup adalah memastikan rakyat Singapura terus mempunyai pekerjaan yang baik dengan gaji lebih tinggi.
Dengan itu, tambah beliau, rakyat akan berada dalam kedudukan lebih berdaya mampu dari segi nilai sebenar kerana gaji mereka naik lebih tinggi berbanding inflasi.
"Kami sedang memantau dengan rapi bagaimana keadaan ekonomi akan berubah tahun depan. Buat masa ini, kami menjangkakan inflasi akan terus berkurangan ke paras lebih rendah seperti yang kita saksikan sebelum COVID. Kami juga akan terus menggalak daya penghasilan dan inovasi merentasi ekonomi kita.
"Saya akan berkongsi lebih lanjut tentang rancangan kami dalam Belanjawan tahun depan."

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.