PM Wong hargai Saudi, rakan serantau bantu operasi bawa pulang rakyat SG
Perdana Menteri Lawrence Wong merakamkan penghargaan kepada Arab Saudi dan rakan-rakan serantau yang membantu memastikan operasi membawa pulang rakyat Singapura berjalan dengan lancar.
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong merakamkan penghargaan kepada Arab Saudi dan rakan-rakan serantau yang membantu memastikan operasi membawa pulang rakyat Singapura berjalan dengan lancar.
Beliau berkata demikian menerusi catatannya di laman Facebook pada pagi Rabu (11 Mac).
“Kami amat berterima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi dan rakan-rakan kami di rantau ini atas sokongan kukuh mereka dalam memudahkan usaha ini serta memastikan laluan selamat bagi penerbangan kami,” kata PM Wong.

Awal dari itu, pemerintah Singapura mengerahkan sebuah pesawat Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) ke Riyadh, Arab Saudi untuk membawa pulang rakyat Singapura dari Timur Tengah.
Bagaimanapun, menurut PM Wong, sebahagian daripada lokasi di rantau tersebut tidak dapat diakses penerbangan komersial, di tengah-tengah konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah.
“Itulah sebabnya kami mengerahkan sebuah pesawat Pengangkutan Tangki Berbilang Peranan (MRTT) A330 milik RSAF ke Riyadh, Arab Saudi, untuk membawa pulang warga Singapura dengan selamat,” kata PM Wong.

Dalam pada itu, Encik Wong turut menasihatkan rakyat Singapura yang masih berada di Timur Tengah supaya terus berwaspada.
“Kepada warga Singapura yang masih berada di rantau itu: terus berwaspada, saling menjaga antara satu sama lain, dan pastikan anda telah mendaftar secara online dengan MFA supaya kami dapat menghubungi anda dengan segera jika perlu,” kata beliau.
Pada pagi Rabu, lebih 200 warga Singapura dan tanggungan mereka dalam penerbangan pulang pertama RSAF bagi operasi membawa pulang rakyat Singapura dari Arab Saudi disambut ahli keluarga dalam keadaan mengharukan, dengan linangan air mata dan pelukan erat, sebaik sahaja mereka tiba di Singapura.
MRTT A330 RSAF itu tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi sekitar pukul 6.00 pagi Rabu.
Pesawat itu, yang berangkat ke Arab Saudi pada pagi Selasa, merupakan yang pertama daripada dua penerbangan tentera untuk membawa pulang rakyat Singapura di Bahrain, Jordan, Kuwait, Qatar dan Arab Saudi.
Penerbangan kedua dirancang untuk dilaksanakan pada Khamis, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Sumber : Sumber Web/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.