PM Wong gesa negara dunia segera ambil tindakan tangani perubahan iklim
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Calvin Oh
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong berkata, negara-negara dunia tidak boleh melengahkan lagi usaha mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih.
Ini sedang sebilangan negara menunda rancangan mengurangkan pelepasan karbon disebabkan bimbang tentang jaminan bekalan tenaga dan kos sara hidup.
Dalam ucapannya di Forum Pelabur Ekonomi Bersih IPEF, PM Wong menegaskan, tindakan segera perlu diambil.
"Asia berada di barisan hadapan dalam soal ini. Kita bertanggungjawab bagi sekitar separuh pelepasan (karbon) di dunia. Rantau ini juga merupakan enjin pertumbuhan ekonomi global.
"Perkembangan teknologi baharu, seperti AI, memerlukan lebih banyak tenaga daripada jangkaan. Ini bermakna, kami boleh menjangkakan permintaan bagi tenaga akan meningkat dengan ketara. Jika kita tidak berusaha untuk beralih kepada tenaga bersih, akan ada kesan hebat pada masa mendatang," jelas PM Wong.
PM Wong menambah, kepimpinan Amerika Syarikat penting dalam menangani perubahan iklim.
IPEF tambah PM Wong, perlu kekal terbuka, inklusif dan fleksibel untuk mengukuhkan lagi sistem berbilang hala yang berasaskan peraturan.
"Sama ada perubahan iklim atau cabaran global lain, kepimpinan Amerika penting. Peraturan dan sistem perdagangan berbilang hala berasaskan peraturan yang dibina oleh AS menyediakan asas bagi keamanan, kestabilan dan kemajuan di seluruh dunia sejak tujuh dekad lalu.
"Sistem ini membolehkan negara besar dan kecil untuk menolak persaingan kalah-menang, dan mengalu-alukan kerjasama saling menang, walaupun ada perbezaan antara satu sama lain," ujar PM Wong
Forum tahunan tersebut menghimpunkan sekitar 300 peserta dari 14 negara, termasuk Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.
Ia bertujuan memadankan pelaburan kepada projek-projek kemampanan di rantau ini.
Lebih 160 pelabur turut mengambil bahagian.
Sebanyak 69 projek bernilai lebih AS$23 bilion (S$31 bilion) dikenal pasti.
Mengulas mengenai forum tahunan tersebut, Gina Raimondo, Setiausaha Perdagangan Amerika berkata: "Forum sulung ini adalah ciri utama IPEF menghimpunkan pihak pemerintah dan sektor privet bagi memudahkan peralihan kami kepada ekonomi bersih, peralihan tenaga.
"Saya percaya forum ini akan menggerakkan pelaburan bagi iklim, infrastruktur dan teknologi yang sangat diperlukan rantau ini," tambahnya.

Sumber : CNA/NY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.