PM Wong gesa APEC hidupkan semangat kerjasama saling menguntungkan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
LIMA: Perdana Menteri Lawrence Wong menggesa Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) untuk menghidupkan semula semangat kerjasama yang memanfaatkan semua pihak, di tengah-tengah sokongan yang lemah terhadap globalisasi dan langkah-langkah menyekat perdagangan yang semakin meningkat di seluruh dunia.
Encik Wong berucap di dialog tidak rasmi dihadiri pemimpin dari 21 anggota ekonomi APEC, yang membentuk kira-kira dua pertiga Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) dunia.
Ia termasuk Amerika Syarikat, China, Korea Selatan, Jepun dan Peru, tuan rumah sidang puncak APEC tahun ini.
Encik Wong berkata risiko perpecahan ekonomi semakin meningkat, jadi sudah tiba masanya bagi anggota ekonomi untuk menekankan tujuan utama APEC, iaitu untuk mencipta kemakmuran menerusi integrasi ekonomi, serta menghidupkan kembali semangat kerjasama yang saling menguntungkan.
Beliau mencadangkan bahawa APEC boleh terus mencapai kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, contohnya, melalui pembinaan kapasiti dan perkongsian maklumat.
Encik Wong juga menggesa integrasi ekonomi serantau lebih mendalam.
Encik Wong menarik perhatian kepada ekonomi digital dan hijau, serta menyeru APEC mewujudkan norma bagi kerjasama dalam bidang-bidang baru muncul itu.
Beliau berkata ia akan membolehkan ekonomi merebut peluang baharu.
Sebelum itu, Encik Wong bertemu Presiden China Xi Jinping di luar sidang puncak tersebut.
Ia adalah kali pertama kedua-dua pemimpin bertemu sejak Encik Wong memegang jawatan sebagai perdana menteri Singapura pada Mei lalu.
Encik Wong berkata sedang kedua-dua negara bakal menandakan 35 tahun hubungan diplomatik tahun depan, beliau berharap dapat bekerjasama dengan Encik Xi, untuk mengukuhkan kerjasama serta membawa hubungan China-Singapura ke peringkat lebih tinggi.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.