Skip to main content

Singapura

PM Wong bincang tingkat kerjasama strategik, perdagangan bebas dengan Turki

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Jun 2026 07:40PM Dikemas Kini : 25 Jul 2026 11:34PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong bertemu dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Istanbul pada Jumaat (19 Jun), di mana mereka membincangkan cara-cara mempertingkat kerjasama strategik serta perjanjian perdagangan bebas antara kedua-dua negara.

Mereka mempertimbangkan kerjasama lebih kukuh dalam bidang-bidang seperti perdagangan, pelaburan dan pengangkutan, selain mempertingkatkan perjanjian dua hala.

PM Wong dan Presiden Erdogan turut mengalu-alukan rancangan Turki untuk menjalin kerjasama lebih rapat dengan ASEAN.

Mereka juga bertukar-tukar pandangan tentang pematuhan aturan antarabangsa berdasarkan peraturan dalam sekitaran geopolitik yang tidak menentu.

Dalam catatannya di media sosial, PM Wong menyifatkan Turki sebagai rakan kerja yang penting.

Beliau berharap untuk menyambut Presiden Erdogan di Singapura pula serta memperkukuh hubungan dua hala pada tahun-tahun akan datang.
Sumber : CNA/QA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita