PM Wong bincang hala tuju ASEAN, hubungan SG-Malaysia dengan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
SINGAPURA: Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menghadiri Majlis Jamuan Tengah Hari yang dihoskan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong di Istana pada Selasa (15 Okt).
PM Wong berkata, beliau dan Sultan Nazrin mengadakan perbincangan yang meluas mengenai perkembangan global, masa depan ASEAN dan hubungan Singapura-Malaysia.
"Berbesar hati dapat bertemu kembali dengan Sultan Nazrin sejak pertemuan terakhir kami pada 2022. Sebagai jiran rapat, Singapura dan Malaysia, termasuk Perak, berkongsi hubungan yang erat antara rakyat kedua-dua negara," kata PM Wong dalam satu catatan di Facebook, sambil menambah bahawa mendiang bapanya menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Ipoh, ibu negeri Perak, sebelum berpindah ke Singapura.
PM Wong turut menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan Sultan Nazrin dalam usaha mengukuhkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
Turut hadir Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dr Azfar Mohamad Mustafar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.