Skip to main content

Singapura

PM Wong bertemu Puteri Thai Maha Chakri Sirindhorn

Perdana Menteri Lawrence Wong bertemu dengan Puteri Thailand Maha Chakri Sirindhorn pada Selasa (7 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
PM Wong bertemu Puteri Thai Maha Chakri Sirindhorn

(Gambar: MDDI)

Diterbitkan : 08 Jan 2025 05:04PM Dikemas Kini : 08 Jan 2025 05:05PM
  • Perdana Menteri Lawrence Wong bertemu dengan Puteri Thailand Maha Chakri Sirindhorn pada Selasa (7 Jan).
  • Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan pelbagai isu, termasuk tenaga boleh diperbaharui, jaminan bekalan makanan dan teknologi baharu dalam jagaan kesihatan.
  • Puteri Thai itu juga dianugerahkan Doktor Persuratan Kehormat dari Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam satu majlis pada Rabu.
  • PM Wong menyifatkan Puteri Maha Chakri Sirindhorn sebagai seorang rakan lama Singapura dan mengucapkan terima kasih atas sokongan kukuhnya dalam memupuk hubungan dua hala Singapura dengan Thailand.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong bertemu dengan Puteri Thailand Maha Chakri Sirindhorn pada Selasa (7 Jan).

Puteri Maha Chakri Sirindhorn sedang melakukan lawatan tiga hari ke Singapura.

Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan pelbagai isu, termasuk tenaga boleh diperbaharui, jaminan bekalan makanan dan teknologi baharu dalam jagaan kesihatan.

Puteri Thai itu juga dianugerahkan Doktor Persuratan Kehormat dari Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam satu majlis pada Rabu.

Ia bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara.

Anugerah itu akan disampaikan oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam selaku Canselor NUS.

PM Wong menyifatkan Puteri Maha Chakri Sirindhorn sebagai seorang rakan lama Singapura dan mengucapkan terima kasih atas sokongan kukuhnya dalam memupuk hubungan dua hala Singapura dengan Thailand.

Sempena lawatannya itu juga, Puteri Maha Chakri Sirindhorn telah mendakan perbincanga dengan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat selain dijamu dalam majlis jamuan berasingan oleh Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean Mneteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan.
Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita