PM Wong bertemu Presiden Xi Jinping di Sidang Puncak APEC
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: MDDI)
LIMA: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong bertemu Presiden China Xi Jinping pada Jumaat (15 Nov), di luar Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Lima, Peru.
Dalam catatan Facebooknya, Encik Wong berkata kedua-dua negara berkongsi "hubungan rapat dan berbilang aspek" yang dinaik taraf kepada Kerjasama Masa Hadapan Bermutu Tinggi pada tahun lalu.
"Hubungan ekonomi teguh. China adalah sekutu perdagangan Singapura terbesar dalam barangan. Singapura adalah pelabur asing terbesar China," tambahnya.
"Sedang kami menandakan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik, saya berharap dapat bekerjasama dengan Presiden Xi untuk mengukuhkan lagi kerjasama dan membawa hubungan kami ke peringkat lebih tinggi."
Encik Wong sedang berada di Peru dari 14 hingga 16 November bagi Sidang Puncak Pemimpin Ekonomi APEC dan kemudian akan ke Rio de Janeiro, Brazil, bagi Sidang Puncak G20.
Encik Wong juga bertemu rakan sejawatannya dari Australia, Anthony Albanese, semasa sidang puncak tersebut di Lima.
"Australia dan Singapura berkongsi hubungan yang rapat dan kukuh, disokong oleh nilai yang dikongsi bersama serta perspektif strategik dunia yang serupa," tulisnya dalam catatan Facebook berasingan.
Encik Wong berkata beliau mengadakan perbincangan yang baik bersama Encik Albanese mengenai kemajuan global dan serantau, serta rancangan bagi fasa Perkongsian Strategik Komprehensif seterusnya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.