Skip to main content

Singapura

PM Wong beri penghormatan kepada SM Teo, DPM Heng jelang persaraan mereka

Perdana Menteri Lawrence Wong memberikan penghormatannya kepada Menteri Kanan Teo Chee Hean dan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat yang akan bersara, atas sumbangan mereka kepada Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 May 2025 07:39PM Dikemas Kini : 06 May 2025 11:08PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong memberikan penghormatannya kepada Menteri Kanan Teo Chee Hean dan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat yang akan bersara, atas sumbangan mereka kepada Singapura. 

Dalam surat perpisahannya kepada kedua-dua SM Teo dan DPM Heng, yang dikongsi di Facebook pada Selasa (6 Mei), PM Wong berkata khidmat yang mereka curahkan buat berdekad-dekad lamanya sudah membantu membina asas kukuh negara sekali gus merintis jalan bagi pembangunan masa hadapan. 

Mengucapkan terima kasihnya kepada SM Teo atas khidmat beliau selama 53 tahun, PM Wong berkata Menteri Kanan itu sudah membantu memperkukuhkan keupayaan dan memupuk hubungan kukuh dengan rakan-rakan negara pertahanan apapbila beliau menyandang jawatan Menteri Pertahanan selama hampir sedekad.

PM Wong menambah beliau menghargai pengalaman kaya SM Teo yang membawa kepada perbincangan bernas di Kabinet. 

Beliau berkata SM Teo sudah memperluaskan hubungan Singapura dengan rakan-rakan negara utama, membantu Singapura berdiri megah di persada antarabangsa.

Dalam suratnya kepada DPM Heng pula, PM Wong menzahirkan penghargaan mendalam kepada Anggota Parlimen tiga penggal itu, yang memegang pelbagai portfolio utama termasuk sebagai Menteri Kewangan dari 2015 hingga 2021.

Kata PM Wong, kepimpinan DPM Heng membantu negara mengemudi masa-masa tidak menentu terutama sekali sewaktu COVID-19 melanda.

Beliau menambah DPM Heng juga memainkan peranan dalam meningkatkan ekonomi negara dan mewujudkan peluang-peluang baik untuk Singapura.

Sumber : Sumber Web/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita