Skip to main content

Singapura

PM Wong beri jaminan pemerintah akan terus sokong perniagaan hadapi keadaan dunia tidak menentu

Perdana Menteri Lawrence Wong memberi jaminan kepada syarikat-syarikat bahawa pemerintah akan terus memberikan sokongan di tengah-tengah perubahan sejagat yang ketara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Mar 2025 05:59PM Dikemas Kini : 19 Mar 2025 11:08PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong memberi jaminan kepada syarikat-syarikat bahawa pemerintah akan terus memberikan sokongan di tengah-tengah perubahan sejagat yang ketara.

Beliau turut memberitahu para peserta simposium tersebut bahawa persaingan yang kian meningkat antara Amerika Syarikat dengan China akan mencorak semula dunia.

Menurut Encik Wong, kerjasama tiga pihak kini menjadi semakin penting bagi mengadakan sebuah ekosistem perniagaan yang teguh.

Atas sebab-sebab tersebut, Encik Wong berkata Singapura akan kekal komited kepada sekitaran terbuka yang bersifat pro-perniagaan.

"Adalah penting untuk kita merancang bukan sahaja bagi menangani keprihatinan segera, tetapi untuk memikirkan tempoh jangka panjang, bagaimana kita memastikan Singapura kekal berdaya saing, apa yang boleh kita lakukan untuk mengemudi sekitaran sukar ini," kata Encik Wong.

Beliau juga menekankan kepentingan kerjasama berbilang pihak.

Beliau menambah: "Lebih penting lagi, kita perlu terus mengukuhkan perpaduan dan kerjasama, cara Singapura bekerjasama, antara kesatuan sekerja, pemerintah, pekerja dan perniagaan bersama-sama mencari huraian. Kerjasama ini akan menjadi lebih penting lagi berbanding sebelumnya."
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita