Skip to main content

Singapura

PM Wong bentang Belanjawan 2025 pada 3.30 petang, 18 Feb

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong, akan menyampaikan kenyataan Belanjawan 2025 di Parlimen pada 3.30 petang, 18 Februari.

Anggaran Waktu Membaca:
 PM Wong bentang Belanjawan 2025 pada 3.30 petang, 18 Feb

PM Lawrence Wong. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 03 Feb 2025 12:12PM Dikemas Kini : 03 Feb 2025 12:13PM
SINGAPURA: Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong, akan menyampaikan kenyataan Belanjawan 2025 di Parlimen pada 3.30 petang, 18 Februari.

Demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin (3 Feb).

Ucapan Encik Wong akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan radio, dan pautan siaran web langsung BERITA Mediacorp dan Facebook. Pembaca juga boleh mendapatkan kemas kini melalui 'live blog' BERITA Mediacorp.

Kenyataan itu juga akan disiarkan di saluran meWATCH Mediacorp dan YouTube Perdana Menteri sendiri.

Pengumuman utama daripada kenyataan Belanjawan itu akan turut dimuat naik ke wadah media sosial MOF.

Kenyataan Belanjawan lengkap akan dimuat naik ke laman web Belanjawan Singapura di www.mof.gov.sg/singaporebudget selepas ia disampaikan, kata MOF.

Orang ramai boleh mengemukakan pandangan mereka tentang Belanjawan itu melalui pelbagai saluran maklum balas di:

Laman web Belanjawan Singapura: www.singaporebudget.gov.sg

Laman mikro Reach Belanjawan 2025: go.gov.sg/budget2025

Laman Facebook Reach: www.facebook.com/REACHSingapore

Laman Instagram Reach: www.instagram.com/reachsg
Mereka yang berminat untuk berkongsi pandangan mereka secara peribadi boleh turut berbuat demikian semasa sesi perundingan awam di laman microsite REACH atau di Facebook dan Instagram unit kumpul maklum balas pemerintah itu.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Kewangan dan Pembangunan Negara Indranee Rajah serta Pengerusi REACH Tan Kiat How, yang juga Menteri Negara Kanan bagi Pembangunan Digital dan Maklumat merangkap Pembangunan Negara, akan menyertai sesi dalam bahasa Inggeris pada 20 Feb.

Persatuan Rakyat (PA) dan pertubuhan akar umbinya juga akan menganjurkan dialog pasca Belanjawan untuk melibatkan penduduk dan mendapatkan pandangan mereka.

Penduduk yang berminat untuk hadir boleh mendaftar minat mereka secara online sehingga 12 tengah hari pada 28 Feb.
Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita