PM Wong bakal lawat Afrika Selatan, Habsyah dalam kunjungan 5 hari
Anggaran Waktu Membaca:
JOHANNESBURG: Perdana Menteri Lawrence Wong akan mengadakan lawatan selama lima hari ke Afrika bermula Jumaat (21 Nov), dengan melawat Johannesburg di Afrika Selatan dan kemudian ibu kota Ethiopia (Habsyah), Addis Ababa.
PM Wong, yang juga Menteri Kewangan, akan menghadiri Sidang Puncak G20 di Johannesburg dari 21 hingga 23 November atas undangan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat (21 Nov).
Afrika Selatan memegang kerusi presiden G20 tahun ini.
Walaupun Singapura bukan anggota blok tersebut, negara ini diundang ke sidang itu hampir setiap tahun sejak 2010.
Habsyah kemudian menjadi destinasi seterusnya bagi PM Wong, apabila beliau melakukan lawatan rasmi ke ibu kota Addis Ababa dari 23 hingga 25 November atas undangan rakan sejawatannya dari Habsyah, Perdana Menteri Abiy Ahmed Ali.
PM Wong pertama kali menyebut mengenai lawatan ke Afrika semasa Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) awal bulan ini, di mana beliau berkata Singapura masih merupakan negara kecil tanpa sumber asli, dan perlu menggandakan usaha serta bekerja lebih keras untuk kekal relevan dalam dunia yang sudah berubah.
Ini termasuk memperluaskan jangkauan diplomatik Singapura ke rantau seperti Afrika dan Amerika Latin, kata PM Wong.
Di Sidang Puncak G20, PM Wong akan menyertai perbincangan yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dan memupuk masa depan yang adil dan saksama di tengah-tengah perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) serta perubahan dalam peranan pekerjaan.
Tema sidang puncak tahun ini - yang pertama kali diadakan di Afrika - ialah “Solidariti, Kesamaan, Kemampanan”, sedang Afrika Selatan berusaha menangani cabaran global yang saling berkait seperti perubahan iklim, ketidaksamaan dan ketidakstabilan geopolitik.
PM Wong juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan-rakan sejawatannya di luar sidang puncak itu.
Di Habsyah, PM Wong akan mengambil bahagian dalam upacara meletakkan jambangan bunga di Tugu Peringatan Kemenangan Adwa dan disambut dengan upacara penuh istiadat di Istana Negara.
Beliau juga akan bertemu Dr Abiy, yang akan menghoskan jamuan rasmi sebagai penghormatan kepada PM Wong.
Kedua-dua perdana menteri akan mengadakan sidang media bersama, menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) dua hala, dan menyertai upacara menanam pokok bagi menekankan betapa pentingnya pembangunan mampan.
Lawatan itu merupakan yang pertama bagi PM Wong ke Habsyah dan lawatan dua hala pertama ke Afrika sejak menyandang jawatan itu.
Ia juga merupakan kunjungan hormat bagi membalas lawatan rasmi Dr Abiy ke Singapura pada Jun tahun lalu, sekali gus mengukuhkan hubungan muhibah antara kedua-dua pihak, menurut PMO.
PM Wong juga akan bertemu Ketua Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika, Dr Jean Kaseya, untuk bertukar-tukar pandangan mengenai tugas yang digalas dan dijalankan oleh pertubuhan itu di Afrika serta kerjasamanya dengan Singapura.
Dalam jadual perjalanannya, PM Wong juga akan melakukan lawatan ke kilang Repi Wilmar, sebuah syarikat milik Singapura di Habsyah yang mengeluarkan jenama sabun, serta sabun cuci tempatan yang popular.
PM Wong akan ditemani isterinya, Loo Tze Lui, dan diiringi Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dalam lawatan tersebut, bersama para pegawai dari pelbagai agensi.
Menteri Negara Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan Gan Siow Huang serta Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan Rahayu Mahzam akan menyertai delegasi ke Addis Ababa.
Semasa PM Wong berada di luar negara, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong akan memangku jawatan perdana menteri dari 21 hingga 24 November.
Pada 25 November, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam akan memangku jawatan perdana menteri.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.