Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Wong bakal lakukan siri lawatan ke kawasan undi merata SG bagi dapatkan maklum balas

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong akan melakukan siri lawatan ke kawasan-kawasan undi di merata negara bagi mendampingi dan mendengar pandangan rakyat.

Beliau memulakan siri lawatan itu dengan lawatan ke Tampines pada Sabtu (16 Jun).

Encik Wong berkata adalah penting bagi rakyat Singapura mengenali beliau dengan lebih dekat sebagai Perdana Menteri baharu.

Menjawab pertanyaan wartawan, PM Wong berkata rancangan lawatannya ke kawasan-kawasan undi, tidak ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada bulan November tahun hadapan.

"Saya rasa ia penting bagi saya untuk membuat lawatan di kawasan undi di Singapura. Jadi lawatan hari ini ke Tampines adalah permulaan lawatan ke kawasan undi yang akan saya lakukan sepanjang beberapa bulan akan datang," kata Encik Wong.

Menurut Encik Wong, tujuannnya adalah untuk melibatkan dan mendengar warga Singapura secara langsung, dan berharap beliau dapat berjumpa seramai mungkin penduduk.

"Saya ingin mendengar maklum balas anda mengenai dasar dan idea untuk menjadikan kawasan kejiranan anda lebih baik. Jika anda mempunyai sebarang initiatif dan projek untuk dikemukakan, saya juga ingin mendengarnya daripada anda, dan kami ingin menyokong serta bekerjasama dengan anda," tambah Encik Wong.

Beliau berharap siri lawatan tersebut dapat memberikan kesan yang bermakna dan memajukan Singapura.
Sumber : CNA/MU/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan