Skip to main content

Singapura

PM Wong bakal bentang kenyataan menteri berhubung tarif Amerika dan kesannya

Perdana Menteri Lawrence Wong akan membentangkan kenyataan berhubung tarif pentadbiran Presiden Donald Trump dan kesannya apabila Parlimen bersidang pada Selasa (8 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Apr 2025 08:11PM Dikemas Kini : 07 Apr 2025 10:00PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong akan membentangkan kenyataan berhubung tarif pentadbiran Presiden Donald Trump dan kesannya apabila Parlimen bersidang pada Selasa (8 Apr).

Encik Trump mengumumkan tarif ke atas semua import Amerika Syarikat minggu lalu, termasuk 10 peratus ke atas import dari Singapura.

Encik Wong yang turut menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan, sebelum ini memberi amaran kepada rakyat Singapura agar bersiap sedia untuk perang dagang global yang lebih meluas.

Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam juga akan membentangkan kenyataan berkaitan pendirian pemerintah mengenai pelbagai anggapan berkaitan Akta Penyalahgunaan Dadah.

Di samping itu, para anggota Parlimen turut mengajukan pertanyaan tentang kos rawatan perubatan bagi pasangan asing, serta isu resapan air di flat-flat HDB.

Turut akan dibahaskan buat kali kedua adalah Rang Undang-Undang Rumah Tumpangan Sosial dan Rang Undang-Undang Anti Pengubahan Wang Haram.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita