PM Wong bakal adakan pertemuan dengan PM Paetongtarn dalam lawatan pengenalan ke Bangkok
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong akan melakukan lawatan ke Bangkok pada Khamis (28 Nov) atas undangan rakan sejawatannya dari Thailand Paetongtarn Shinawatra, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu.
Beliau akan menjadi ketua pemerintah asing pertama, yang disambut Cik Paetongtarn, sejak PM Thailand itu menyandang jawatan tersebut pada Ogos.
Semasa lawatan PM Wong, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Raja Maha Vajiralongkorn dan isterinya Ratu Suthida.
Cik Paetongtarn juga akan menjadi tuan rumah kepada PM Wong dan rombongannya bagi jamuan tengah hari.
Kedua-dua perdana menteri itu kali terakhir bertemu di luar Sidang Puncak ASEAN di Vientiane pada Oktober. PM Wong juga membuat panggilan telefon kepada Cik Paetongtarn pada September bagi mengucapkan tahniah atas peranan baharunya.
Lawatan ke Thailand itu adalah sebahagian daripada siri lawatan pengenalan PM Wong ke rantau ini sejak memegang jawatan itu pada Mei. Beliau sudah melakukan lawatan ke Brunei, Malaysia, Laos dan Indonesia setakat ini.
Encik Wong akan diiringi oleh Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dan para pegawai dari PMO dan Kementerian Ehwal Luar.
Semasa ketiadaannya, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat akan bertindak sebagai pemangku perdana menteri.
Singapura dan Thailand menandakan 60 tahun hubungan diplomatik tahun hadapan, selepas menjalin hubungan pada 1965.
Tahun lalu, kedua-dua negara merupakan rakan perdagangan yang kesembilan terbesar. Kedua-dua pihak juga bekerjasama dalam bidang seperti pendidikan, pelancongan dan pertahanan.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.