PM Wong alu-alukan sokongan Vietnam untuk firma SG tembusi sektor baharu di bawah perkongsian lebih luas
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MDDI)
HANOI: Singapura mengalu-alukan sokongan Vietnam terhadap syarikat-syarikat Singapura yang mahu mengembangkan kehadiran mereka di negara itu.
Ini sedang kedua-dua negara memperluaskan kerjasama di bawah Perkongsian Strategik Menyeluruh (CSP), kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Selasa (25 Mac).
Berucap pada hari pertama lawatannya ke Hanoi, PM Wong menyifatkan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh sebagai "seorang rakan dan rakan kongsi yang sehaluan dan berpandangan jauh".
Beliau menarik perhatian bahawa rancangan Encik Chinh untuk mengubah Vietnam melalui "pembangunan strategik", iaitu penyusunan semula institusi, infrastruktur digital dan pembangunan modal insan, sejajar dengan keutamaan Singapura.
Inisiatif tersebut, serta dorongan Vietnam dalam bidang-bidang seperti ekonomi hijau, juga sejajar dengan agenda CSP, kata PM Wong semasa majlis jamuan malam rasmi yang dihoskan oleh Encik Chinh.
"Kami mengalu-alukan galakan anda untuk syarikat-syarikat Singapura melabur dan mengembangkan kehadiran mereka di Vietnam dalam sektor-sektor seperti tenaga rendah karbon, dan kami juga mengalu-alukan sokongan pemerintah Vietnam untuk projek-projek sedemikian," kata PM Wong.
Awal sebelum itu, PM Wong tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai pada pukul 5.30 petang, dan disambut oleh Menteri Sains dan Teknologi Vietnam Nguyen Manh Hung.
TAHAP KEPERCAYAAN YANG TINGGI
Dalam ucapannya, PM Wong menarik perhatian bahawa ia adalah lawatan pertamanya ke Vietnam sejak menjadi perdana menteri pada Mei tahun lalu.
Beliau sudah bertemu Encik Chinh beberapa kali dalam tempoh setahun lalu di mesyuarat serantau dan berbilang hala, seperti di luar Sidang Puncak G20 pada November lalu.
"Dua minggu lalu, Aetiausaha Agung Parti Komunis Vietnam To Lam melawat Singapura, di mana beliau mengadakan "perbincangan yang memberangsangkan" dengan PM Wong. Kedua-dua pihak mengumumkan peningkatan hubungan dua hala kepada CSP semasa lawatan tersebut.
"Pertemuan ini menunjukkan tahap kepercayaan yang tinggi antara kedua-dua negara kita," kata PM Wong.
Ia juga menunjukkan bagaimana hubungan antara Singapura dan Vietnam berkembang, sejak pertemuan pertama semasa lawatan pemimpin awal antara kedua-dua negara, Perdana Menteri pengasas Lee Kuan Yew dan mantan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam Do Muoi.
HUBUNGAN DUA HALA SEMAKIN KUKUH
PM Wong berkata dalam ucapannya bahawa hubungan dua hala antara kedua-dua negara berada di tahap yang tinggi, dengan kedua-dua pihak menikmati hubungan yang muhibah antara rakyat kedua-dua negara, tambahnya.
"Kami mempunyai aliran tetap bagi orang yang melancong antara kedua-dua negara kami untuk tujuan pelancongan, kerja dan pendidikan," katanya.
"Masyarakat Vietnam yang semakin berkembang di Singapura juga telah memperkayakan kerencaman negara kita dan mereka juga membawa budaya mereka kepada tradisi Singapura."
PM Wong berkata bahawa Vietnam menjadi peserta paling aktif dalam Program Kerjasama Singapura, dengan lebih 22,000 pegawai menghadiri kursus di bawah inisiatif tersebut.
Kebanyakan kursus dijalankan di Pusat Kerjasama Vietnam-Singapura di Hanoi.
Kerjasama ekonomi juga lebih kukuh, kata PM Wong.
Taman Perindustrian Vietnam-Singapura juga berkembang dari segi bilangan dan impaknya, kata PM Wong.
Hari ini, terdapat 20 kemudahan sedemikian di 14 wilayah, menarik lebih S$31 bilion dalam bentuk pelaburan dan menyokong lebih 320,000 pekerjaan di Vietnam, katanya lagi.
Beliau menambah bahawa kedua-dua negara komited untuk melaksanakan CSP dengan pantas, yang memastikan kerjasama kedua-dua negara kekal relevan dan dikemas kini dalam dunia yang berubah dengan pesat.
PM Wong juga berkata bahawa beliau mengalu-alukan pertemuannya dengan Encik Chinh pada Rabu (26 Mac).
CSP meliputi bidang-bidang pertumbuhan baharu seperti tenaga boleh diperbaharui, kredit karbon, sambungan kabel dasar laut dan ekonomi digital, serta menangani cabaran baharu seperti penipuan dan jenayah siber, kata PM Wong.
Dalam ucapannya, Encik Chinh memuji hubungan baik antara Singapura dan Vietnam.
"Hubungan kita dibina atas kepercayaan politik yang kukuh, hubungan ekonomi yang luas dan hubungan antara rakyat yang rapat dan erat, yang sama-sama merancang masa depan pertumbuhan hijau dan inovatif yang mampan ke arah kemakmuran," katanya.
Beliau menambah bahawa Singapura telah menjadi "rakan setia" sepanjang perjalanan pembangunan dan integrasi Vietnam ke dalam sistem antarabangsa, sejak ia menyertai ASEAN pada tahun 1995.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.