Skip to main content

Singapura

PM Wong akan sampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada 17 Ogos

Perdana Menteri Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan 2025 pada 17 Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Jun 2025 01:00PM Dikemas Kini : 17 Aug 2025 09:47AM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan 2025 pada 17 Ogos.

Rapat umum tersebut akan diadakan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Tengah di Ang Mo Kio, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis (19 Jun).

Rapat Umum Hari Kebangsaan merupakan ucapan politik tahunan paling penting, di mana perdana menteri akan berucap kepada seluruh negara dan berkongsi hal-hal dasra utama.

Acara tahun ini merupakan Rapat Umum Hari Kebangsaan yang kedua bagi Encik Wong, dan acara yang pertama untuknya sejak memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi Pilihan Raya Umum tahun ini.

Di Rapat Umum Hari Kebangsaan tahun lalu, Encik Wong mengumumkan Skim Bantuan Pemohon Kerja SkillsFuture, di mana pekerja yang diberhentikan kerja boleh mendapatkan bantuan kewangan sementara sehingga S$6,000 selama enam bulan.

Encik Wong turut mengumumkan skim Cuti Dikongsi Ibu Bapa (SPL) yang membenarkan ibu bapa untuk mengambil cuti dikongsi tambahan sebanyak 10 minggu.

Selain itu, golongan bujang diberi akses keutamaan apabila memohon flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baharu untuk tinggal bersama atau berdekatan dengan ibu bapa mereka.

Encik Wong juga mendedahkan beberapa perubahan akan datang dalam landskap sukan negara, termasuk pemindahan pusat latihan sukan kebangsaan dan Sekolah Sukan Singapura ke kawasan Kallang, sebagai sebahagian daripada pelan induk 'Kallang Alive'.

Rapat Umum Hari Kebangsaan diadakan di lokasi yang sama hampir setiap tahun sejak 2013.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita