Skip to main content

Singapura

PM Wong akan sampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan 2026 pada 23 Ogos, mulai pukul 6.45 petang

Perdana Menteri Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad (23 Ogos), mulai pukul 6.45 petang.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Wong akan sampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan 2026 pada 23 Ogos, mulai pukul 6.45 petang

Perdana Menteri Lawrence Wong semasa Rapat Hari Kebangsaan pada 17 Ogos 2025. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 17 Aug 2026 06:35PM Dikemas Kini : 23 Aug 2026 10:37AM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad (23 Ogos), mulai pukul 6.45 petang.

Beliau akan memulakan ucapannya dalam bahasa Melayu, disusuli bahasa Mandarin. PM Wong kemudian akan menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris pada pukul 8.00 malam, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin.

Rapat tahun ini akan diadakan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Ang Mo Kio. Ia akan disiarkan menerusi saluran-saluran televisyen dan stesen-stesen radio tempatan.

CNA akan menyiarkan ucapan tersebut dengan sari kata bahasa Inggeris.

Ucapan PM Wong juga akan disiarkan dalam bahasa Inggeris menerusi Channel 5 dan CNA938; dalam bahasa Mandarin menerusi Channel 8, Channel U dan Capital 95.8; dalam bahasa Melayu menerusi Suria dan Warna 94.2; serta dalam bahasa Tamil menerusi Vasantham dan Oli 96.8.

Ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube PMO dan PM Wong.

Mereka yang terlepas mengikuti siaran langsung itu boleh menontonnya menerusi saluran YouTube PMO atau laman PMO mulai 24 Ogos.

PM Wong dijangka mengumumkan rancangan untuk menyediakan lebih banyak sokongan kepada keluarga pada setiap peringkat kehidupan mereka.

Dalam Amanat Hari Kebangsaan pada 8 Ogos lalu, PM Wong berkata satu "semakan besar-besaran" sedang dijalankan terhadap cara pemerintah menyokong keluarga Singapura sepanjang perjalanan hidup mereka.

Beliau mengakui bahawa kehidupan berkeluarga kini dibebani tekanan yang semakin meningkat di seluruh dunia, dengan banyak keluarga perlu mengimbangi pelbagai tuntutan dan jangkaan yang semakin bertambah.

"Kami sedang meneliti semula isu-isu seperti kos membesarkan anak, akses kepada khidmat penjagaan bayi dan kanak-kanak yang dimampui, serta langkah lain untuk meringankan beban keluarga," kata PM Wong dalam amanatnya pada 8 Ogos.

Rapat Hari Kebangsaan dilihat sebagai ucapan politik paling penting setiap tahun, di mana Perdana Menteri berucap kepada rakyat dan mengumumkan dasar-dasar utama pemerintah.

Acara tahun ini merupakan Rapat Hari Kebangsaan ketiga PM Wong sebagai Perdana Menteri.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita