Skip to main content

Singapura

PM Wong akan lakukan lawatan rasmi ke Hanoi pada 25 Mac

Perdana Menteri Lawrence Wong bakal melakukan lawatan rasmi ke Hanoi pada Selasa (25 Mac) atas undangan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Mar 2025 07:46PM Dikemas Kini : 24 Mar 2025 09:20PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong bakal melakukan lawatan rasmi ke Hanoi pada Selasa (25 Mac) atas undangan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh.

Dalam tempoh itu, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong akan mengambil alih sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Semasa lawatan dua harinya itu, PM Wong dijangka bertemu dengan empat pemimpin tertinggi Vietnam, termasuk Presiden Luong Cuong buat kali yang pertama.

PM Wong juga akan disambut di Istana Presiden pada Selasa, sebelum menghadiri jamuan makan malam atas undangan Encik Pham.

Dua minggu lalu, pemimpin tertinggi Vietnam, Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam To Lam melakukan lawatan ke Singapura.

Semasa lawatannya itu, kedua-dua Vietnam dan Singapura meningkatkan hubungan mereka kepada Kerjasama Strategik Komprehensif.

Kerjasama tersebut bertujuan untuk memperhebat kerjasama lebih mendalam dalam bidang seperti ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui dan kredit karbon.

Encik To Lam dan Encik Wong menyaksikan penukaran lapan perjanjian dalam pelbagai bidang, termasuk bagi menangani jenayah rentas sempadan, transformasi digital dan perdagangan kuasa angin luar pesisir.

Dua Taman Perindustrian Vietnam-Singapura yang baharu juga akan dibina.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita