Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Wong akan lakukan lawatan kerja enam hari ke Peru, Brazil

Perdana Menteri Lawrence Wong akan melakukan lawatan kerja enam hari ke Peru dan Brazil mulai Khamis (14 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong akan melakukan lawatan kerja enam hari ke Peru dan Brazil mulai Khamis (14 Nov).

Beliau akan menghadiri sidang puncak APEC dan G20 atas undangan pemimpin kedua-dua negara tersebut.

Di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di Lima, Encik Wong dan para pemimpin lain akan membincangkan cara-cara menggalak perdagangan dan pelaburan.

Ini bagi mencapai pertumbuhan inklusif lagi saling terkait.

Para pemimpin juga akan membincangkan isu peralihan ke arah ekonomi yang formal dan global, serta kaedah mencapai pertumbuhan mampan.

Encik Wong seterusnya akan menghadiri Sidang Puncak G20 di Rio de Janeiro mulai Ahad ini (17 Nov).

Beliau akan mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai peri pentingnya kerjasama berbilang hala demi merancakkan pertumbuhan dan peralihan tenaga untuk mencapai sasaran sifar pelepasan karbon.

Di samping itu, Encik Wong juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan-rakan sejawatannya.

Semasa ketiadaan PM Wong, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong akan menjadi Pemangku Perdana Menteri.
 
Sumber : CNA/NY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan