Skip to main content

Singapura

PM Thailand bakal lakukan lawatan rasmi ke SG esok

Anggaran Waktu Membaca:
PM Thailand bakal lakukan lawatan rasmi ke SG esok

Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di ibu pejabat PBB di New York pada 22 September 2023. (Gambar fail: AFP/Bryan R Smith)

SINGAPURA: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura pada Khamis (12 Okt) atas undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (11 Okt).

Ini merupakan lawatan rasmi sulung Encik Srettha ke Singapura.

"Perdana Menteri Srettha akan menerima sambutan penuh istiadat, dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Tharman Shanmugaratnam di Istana pada 12 Oktober 2023," nyata MFA dalam satu kenyataan.

"Beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri Lee, dan bakal diraikan dalam jamuan tengah hari sebagai tanda penghormatan kepadanya."

PM Srettha, yang akan diiringi oleh para pegawai kanan dari Sekretariat Perdana Menteri dan Kementerian Luar Thailand, turut akan mengadakan lawatan ke Bursa Saham Singapura, tambah MFA.

Mantan hartawan hartanah, Encik Srettha disahkan sebagai Perdana Menteri Thailand menerusi undian Parlimen pada 22 Ogos lalu, sekali gus menamatkan kebuntuan yang berlaku di negara itu selama beberapa bulan menyusuli pilihan raya umum yang berlangsung pada Mei lalu.

Menerusi surat ucap tahniah kepada Encik Srettha sehari kemudian, PM Lee berkata: "Singapura dan Thailand menjalin hubungan mesra di pelbagai peringkat, didorong kerjasama ekonomi yang kukuh, pertalian institusi yang erat, dan pertukaran peringkat politik mahupun antara rakyat pada semua peringkat."

PM Lee akur bahawa kedua-dua negara juga "sudah lama menjalin kerjasama mendalam" dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan serta pelaburan, pertahanan dan pendidikan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita