Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM New Zealand Jacinda Ardern 'sahabat karib' SG, kata PM Lee

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Khamis (19 Jan) meluahkan rasa terkejut dengan khabar tentang peletakan jawatan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern kerana beliau menyifatkannya sebagai "sahabat karib" Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Khamis (19 Jan) meluahkan rasa terkejut dengan khabar tentang peletakan jawatan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern kerana beliau menyifatkannya sebagai "sahabat karib" Singapura.

Cik Ardern mengumumkan peletakan jawatannya pada Khamis, sambil berkata beliau tidak lagi dapat terus menggalas tugas itu selama empat tahun lagi. Beliau akan mengundurkan diri selewat-lewatnya 7 Februari.

Dalam satu catatan Facebook, Encik Lee berkongsi bahawa beliau sudah bertemu dengan Cik Ardern "banyak kali, secara bertemu muka dan online serta di forum antarabangsa".

"Beliau telah menonjolkan dedikasi dan kepimpinan yang hebat, terutama sekali dalam memimpin negaranya berdepan dengan krisis seperti serangan di Christchurch dan COVID-19," katanya.

"PM Ardern dan saya kerap berhubungan semasa pandemik untuk saling berkongsi pengalaman serta bertukar-tukar maklumat selain memastikan rantaian bekalan kami kekal terbuka antara kedua-dua negara."

Encik Lee menarik perhatian kepada lawatan rasmi pertama Cik Ardern ke Singapura pada 2019, di mana kedua-dua negara "mengesahkan hubungan kukuh" dengan perisytiharan Perkongsian Dipertingkat SG-NZ.

"Kami tidak bersua muka selama dua tahun selepas itu kerana pandemik tetapi pada April lalu, apabila kita sudah membuka semula sempadan, beliau melakukan lawatan sekali lagi dan kami memperluaskan Perkongsian Dipertingkat itu untuk meliputi kerjasama dalam perubahan iklim dan ekonomi hijau," tambah beliau.

Dalam catatannya, Encik Lee turut mengucapkan terima kasih kepada Cik Ardern atas "kerjasamanya yang baik, sokongan dan sifatnya yang periang".

"Beliau merupakan inspirasi kepada ramai orang dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada dirinya serta keluarganya! Mā te wā!" kata Encik Lee, sebelum mengakhiri catatannya dengan frasa dalam Bahasa Maori yang bermaksud "jumpa anda tidak lama lagi."

New Zealand akan memilih perdana menterinya yang seterusnya dalam satu pilihan raya umum pada 14 Oktober. Cik Ardern berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai ahli parlimen pengundi sehingga kelak.

Pada Ahad, Parti Buruh pimpinannya mengundi bagi seorang pemimpin baru yang akan memegang jawatan perdana menteri sehingga pilihan raya seterusnya diadakan. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan