Skip to main content

Singapura

PM Lee ziarah Muhyiddin Yassin di hospital

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini (2 Ogos) menziarahi Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin yang kini menerima rawatan di sebuah hospital pakar di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee ziarah Muhyiddin Yassin di hospital

PM Lee menziarahi Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin yang kini menerima rawatan di sebuah hospital pakar di Singapura. (Gambar: Muhyiddin Yassin/ Facebook)

Diterbitkan : 02 Aug 2018 07:32PM Dikemas Kini : 02 Aug 2018 07:36PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini (2 Ogos) menziarahi Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin yang kini menerima rawatan di sebuah hospital pakar di Singapura.

Ini didedahkan menerusi satu catatan terbaru di laman Facebook Encik Muhyiddin Yassin. Turut ditampilkan adalah tiga keping gambar beliau dan isteri, Cik Noorainee Abdul Rahman bersama PM Lee di wad hospital berkenaan.

Encik Muhyiddin menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan di pankreas yang dikesan di peringkat awal.

Menteri Dalam Negeri itu bercuti mulai 12 Julai bagi menjalani rawatan susulan dan dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan.

Sebelum ini ramai pemimpin dari kedua-dua negara turut melawat Encik Muhyiddin di hospital, termasuk Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean. Turut menjenguk rakan kabinet mereka itu ialah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Ismail, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Dr Mahathir Mohamad kini menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri semasa ketiadaan Encik Muhyiddin.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita