Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee utuskan ucap tahniah kepada PM baru Britain Rishi Sunak

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutuskan ucap tahniah kepada Perdana Menteri Britain yang baru, Rishi Sunak, menyusuli pelantikannya pada Selasa (25 Okt).

"Bagi pihak Pemerintah Singapura, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan anda sebagai Perdana Menteri United Kingdom," tulis PM Lee dalam suratnya yang bertarikh 25 Oktober.

Singapura dan UK, kata PM Lee, menjalin hubungan dua hala yang "teguh" dan "hubungan bersejarah yang kukuh antara rakyat rakyat kedua-dua negara".

"Kerjasama kami meliputi pelbagai sektor termasuk perdagangan dan pelaburan, keselamatan dan pertahanan, serta dalam kajian dan inovasi," kata PM Lee.

Beliau juga mengesahkan lagi komitmen Singapura terhadap Kerjasama Kewangan, yang ditandatangani Encik Sunak pada Jun 2021, bagi memudahkan kerjasama kawal selia yang lebih erat di samping meningkatkan pekerjaan serta menggalakkan perdagangan dan pelaburan.

PM Lee menambah kerjasama dua hala antara Singapura dengan UK sudahpun diperluaskan untuk menjangkaui bidang-bidang baru ekonomi digitalan dan ekonomi mesra alam.

Perjanjian Ekonomi Digital United Kingdom-Singapura, dimeterai pada Februari lalu dan dikuatkuasakan pada Jun.

PM Lee menyifatkan perjanjian itu sebagai "peristiwa penting buat kedua-dua negara", yang sekali gus akan menyediakan "prospek pertumbuhan yang baru bagi perniagaan-perniagaan" di Singapura dan UK.

"Saya gembira yang para pegawai kami sudah mula mengusahakan rangka bagi kerjasama ekonomi hijau, yang mana akan membina lebih peluang bagi rakyat dan perniagaan-perniagaan kita," tambah PM Lee.

Dalam suratnya, PM Lee mengharapkan yang terbaik bagi Encik Sunak "dalam memupuk kestabilan dan perpaduan di United Kingdom serta membina masa depan yang lebih baik dan makmur bagi rakyat Britain".
"Saya berharap kita dapat bekerjasama untuk mengukuhkan hubungan dua hala yang muhibah dan terjalin sekian lama dan saya menantikan untuk bekerja dengan anda bagi memperkukuhkan lagi kerjasama kita pada hari muka," tulis PM Lee.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan