PM Lee utus takziah mendalam kepada pemerintah dan rakyat Israel ekoran serangan Hamas
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP/MAHMUD HAMS
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutuskan ucapan takziah mendalam kepada pemerintah dan rakyat Israel ekoran serangan yang dilancarkan kumpulan Hamas pada minggu lalu.
PM Lee berkata, Singapura mengutuk keras serangan itu serta pembunuhan dan penculikan orang awam yang tidak bersalah.
Dalam suratnya kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, PM Lee berkata serangan pengganas itu tidak boleh diterima dengan alasan apa sekalipun.
Beliau melahirkan rasa sedih dengan kehilangan jiwa warga Israel secara tragik itu dan berharap mereka yang cedera akan cepat sembuh.
PM Lee yakin bahawa Israel akan kekal teguh dan bersatu demi mengatasi cabaran-cabaran sukar di hadapannya.
Surat itu turut dimuat naik ke laman Facebook Kedutaan Israel di Singapura.
Salinan surat itu diperolehi dari Pejabat Perdana Menteri.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.