PM Lee utus takziah mendalam kepada Narendra Modi atas tragedi kereta api India
Anggaran Waktu Membaca:

Operasi menyelamat dijalankan di tapak kemalangan kereta api Odisha pada 4 Jun. (Gambar: Adnan Abidi/Reuters)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis kepada rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, untuk menyampaikan takziah menyusuli nahas kereta api yang berlaku di Odisha pada Jumaat.
Insiden malang itu, kata PM Lee, sangat menyedihkan dan beliau mewakili pemerintah Singapura untuk mengutuskan takziah yang mendalam kepada Encik Modi dan para keluarga yang terjejas.
Tragedi itu membabitkan tiga kereta api dan ia merupakan kemalangan kereta api terburuk di India dalam tempoh lebih dua dekad.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan tiada rakyat Singapura dilaporkan terlibat dalam tragedi itu.
Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan bagaimanapun boleh menghubungi kementerian itu atau Konsulat-Jeneral Singapura di Mumbai.
Sejauh ini, angka korban nahas berkenaan hampir mencecah 290 orang sementara lebih 800 yang lain cedera.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.