Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee utus kawat takziah atas tragedi jambatan roboh di India

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa (1 Nov) mengucapkan takziah kepada Perdana Menteri India Narendra Modi menyusuli jambatan pejalan kaki yang runtuh di Gujarat yang mengorbankan lebih 130 orang. 

Dalam suratnya kepada Encik Modi, PM Lee berkata: "Saya berdukacita apabila mendapat tahu mengenai Jambatan Morbi yang runtuh di Gujarat dan kehilangan nyawa yang tragis.

"Bagi pihak Pemerintah Singapura, saya ingin mengutuskan takziah mendalam kepada keluarga mangsa.

"Ingatan kami adalah bersama rakyat India sewaktu tempoh ini dan saya mendoakan mangsa yang cedera pulih dengan pantas." 

Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) menyatakan buat masa ini, tiada laporan mengenai rakyat Singapura yang menjadi mangsa insiden tersebut, sambil menambah bahawa ia akan memantau perkembangan dengan teliti. 

Konsulat Agung Singapura di Mumbai sedang berhubungan dengan pihak berkuasa tempatan, menurut MFA. 

Pihak berkuasa India mendakwa sekitar 200 orang berada di jambatan tersebut apabila ia roboh. 

Pasukan tindak balas bencana negara, tentera dan tentera laut melakukan operasi mencari sedang penduduk tempatan berhimpun di tebing sungai. 

Jambatan itu dibina pada 1877 dan ditutup selama enam bulan bagi kerja-kerja naik taraf sehingga minggu lalu. 

Polis India pada Isnin (31 Okt) memberkas sembilan orang atas tuduhan membunuh tanpa niat. 

Mereka yang diberkas termasuk pegawai tiket yang dituduh membenarkan terlalu ramai orang berada di atas jambatan itu dan kontraktor yang bertanggungjawab bagi kerja-kerja naik taraf. 

Rakyat Singapura di Mumbai yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Agung Singapura di Mumbai pada +91-82910 32836 atau Pejabat Petugas MFA pada +65 6379 8800/8855.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan