Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee ucap terima kasih kepada Sultan Johor atas ucapan Hari Kebangsaan

Sempena Hari Kebangsaan Singapura pada Isnin (9 Ogos), Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menulis catatan Facebook mengucapkan Hari Kebangsaan kepada Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee ucap terima kasih kepada Sultan Johor atas ucapan Hari Kebangsaan

(Gambar: Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

Diterbitkan : 10 Aug 2021 02:33PM Dikemas Kini : 10 Aug 2021 02:45PM

SINGAPURA: Sempena Hari Kebangsaan Singapura pada Isnin (9 Ogos), Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menulis catatan Facebook mengucapkan Hari Kebangsaan kepada Singapura.

Catatan itu turut melampirkan gambar beliau dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta bendera Singapura dan bendera negeri Johor. Ia tertera mesej mengucapkan selamat Hari Kebangsaan dalam bahasa Inggeris yang berbunyi: 'Happy Singapore National Day 2021'.

PM Lee kemudian membalas catatan Sultan Ibrahim dengan meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kepada Sultan Ibrahim atas ucapannya itu.

"Terima kasih Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas ucapan Hari Kebangsaan ini! Semoga anda dan rakyat Johor berada dalam keadaan baik.

"Saya menanti-nantikan keadaan lebih baik apabila kedua-dua pihak boleh sekali lagi bertemu depan mata," tulis PM Lee.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan