Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee ucap takziah kepada isteri perintis PAP Chan Chee Seng

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee ucap takziah kepada isteri perintis PAP Chan Chee Seng

Perintis Parti Tindakan Rakyat (PAP) Chan Chee Seng. (Gambar: Alex Yam/Facebook, Wee Teck Hian/TODAY)

SINGAPURA: Mendiang Encik Chan Chee Seng adalah anggota perintis PAP yang sudah banyak menabur bakti kepada Singapura dan "membuat perubahan yang besar dan ketara", kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Isnin (19 Dis). 

Encik Chan meninggal dunia pada Sabtu (17 Dis) pada usia 90 tahun. 

Dalam suratnya kepada balu Encik Chan, Cik Chan Ching Oi, Perdana Menteri menyatakan beliau dan isterinya amat berdukacita menyusuli pemergian Encik Chan. 

"Chee Seng akan amat dirindui. Beliau berpegang teguh kepada apa yang paling penting. Beliau rakan seperjuangan yang tidak pernah gentar dalam tampuk kepimpinan pengasas kita, yang semuanya amat menghormatinya. Beliau berkhidmat dengan baik untuk Singapura," kata Perdana Menteri. 

Encik Chan merupakan perintis PAP yang menyokong parti itu ketika tiada jaminan bahawa parti tersebut akan berjaya, apatah lagi berkembang maju, kata PM Lee. 

PM Lee menambah, Encik Chan membuat sumbangan penting sewaktu "tahun-tahun awal yang mencabar" sewaktu perjuangan Singapura untuk kemerdekaan. 

Beliau menarik perhatian kepada kemenangan Encik Chan di Jalan Besar sewaktu pilihan raya Majlis Bandar 1957. Perdana Menteri pengasas Singapura, Encik Lee Kuan Yew, menyifatkan Encik Chan sebagai salah seorang "lelaki dan wanita muda yang aktif, yang menjadi peran contoh para pemimpin bertenaga, bersih, jujur dan berdedikasi, yang mana para pekerja dan penjaja dan pemandu teksi dapat kaitkan dengan diri mereka."

Encik Chan berkhidmat selama enam penggal sebagai Anggota Parlimen bagi Jalan Besar, menggalas beberapa tanggungjawab perkhidmatan awam, termasuk Setiausaha Parlimen bagi Ehwal Dalam Negeri dan Setiausaha Parlimen Kanan bagi Ehwal Sosial serta Perdagangan dan Perusahaan. 

Beliau juga giat bersukan dan membantu membangunkan bidang sukan Singapura, dengan berkhidmat sebagai naib presiden Majlis Olimpik Nasional Singapura dan presiden Pertubuhan Perenang Amatur Singapura. 

Encik Chan turut menerajui kontinjen Singapura sewaktu Sukan SEA 1977 sebagai Chef de Mission. 

Setelah bersara dari dunia politik, Encik Chan menubuhkan Sekolah Singapura Antarabangsa (ISS) bersama isterinya. 

"ISS berakar umbi di Singapura, tetapi dengan pandangan yang inklusif, lagi antarabangsa. Beliau akan berasa bangga untuk melihat perjalanan ISS sejauh ini," kata PM Lee. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan