Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee ucap takziah kepada China atas pemergian bekas PM Li Peng

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucapan takziah kepada China beirkutan pemergian bekas perdana menteri Li Peng.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee ucap takziah kepada China atas pemergian bekas PM Li Peng

Bekas perdana menteri Li Peng meninggal dunia pada usia 90 tahun. (Gambar: Gabriel Bouys/AFP)

Diterbitkan : 24 Jul 2019 10:27PM Dikemas Kini : 24 Jul 2019 10:30PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucapan takziah kepada China berikutan pemergian bekas perdana menteri Li Peng.

Menurut stesen penyiaran negara, Xinhua, Encik Li meninggal dunia pada usia 90 tahun akibat sakit tua di Beijing pada Isnin (22 Jul).

Dalam suratnya kepada Perdana Menteri Li Keqiang, Encik Lee menarik perhatian peranan bekas perdana menteri itu dalam membina perhubungan antara Singapura dengan China.

"Encik Li adalah perdana menteri pertama China untuk melawat Singapura," kat PM Lee.

"Beliau mempromosikan kerjasama antara Singapura dengan China dalam banyak bidang meliputi ekonomi kepada kebudayaan hingga pendidikan."

"Beliau juga menyaksikan peristiwa penting dalam hubungan dua hala kita terutama pelancaran Taman Perindustrian Suzhou China-Singapura, projek pertama kami di peringkat pemerintah."

PM Lee menambah Encik Li juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara China dengan ASEAN.

"Di bawah kepimpinan Encik Li, China menubuhkan hubungan diplomatik dengan banyak angota negara ASEAN serta menjalin kerjasama dalam dialog ASEAN-China," tulis PM Lee.

"Ini merintis jalan bagi kerjasama rapat antara ASEAN dengan China hari ini."

PM Lee juga memuji pencapaian Encik Li selaku pemimpin China.

"Encik Li sudahpun berkhidmat dalam jawatan kepimpinan kanan semasa tempoh perubahan ekonomi dan sosial yang pesat serta cabaran besar bagi China," tulis PM Lee lanjut.

Beliau menambah: "Di bawah kepimpinannya pada awal tahun 1990-an, China mengalami perkembangan dramatik sedang ia melaksanakan dasar reformasi dan terbuka, memperbaiki kehidupan jutaan rakyat China." 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan