PM Lee ucap tahniah kepada PM Scott Morrison atas kemenangannya
Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutus ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, atas kemenangan kerajaan perikatan pimpinannya dalam pilihan raya Australia.
PM Scott Morrison (kiri) dan PM Lee Hsien Loong (kanan). (Gambar fail: AFP)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutus ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, atas kemenangan kerajaan perikatan pimpinannya dalam pilihan raya Australia.
Dengan tiga suku daripada sekitar 17 juta undian yang dikira, perikatan pimpinan Parti Liberal yang diketuai Perdana Menteri Scott Morrison sudah memenangi atau mendahului 76 kerusi - jumlah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan, lapor Reuters.
Keputusan pilihan raya itu jelas bertentangan dengan tinjauan-tinjauan pendapat yang sebelum ini menjangkakan satu kemenangan bagi pihak pembangkang Parti Buruh.
PM Lee berkata Singapura dan Australia menjalin hubungan teguh dan lama serta bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang.
Beliau menambah, Kerjasama Strategik Menyeluruh antara kedua-dua negara sudah berkembang dengan banyaknya sejak kebelakangan ini.
PM Lee berharap untuk bertemu PM Morrison di sidang puncak tahunan para pemimpin Singapura-Australia bagi membincangkan usaha mengukuhkan lagi hubungan yang ada.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.