Skip to main content

Singapura

PM Lee ucap tahniah kepada PM Perancis baharu Gabriel Attal

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee ucap tahniah kepada PM Perancis baharu Gabriel Attal

PM Perancis baharu Gabriel Attal. (Gambar fail: AFP/Ludovic Marin)

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Gabriel Attal atas pelantikan pemimpin itu sebagai Perdana Menteri Perancis baharu.

PM Lee berkata beliau berharap untuk bekerja rapat dengannya dalam memperdalam hubungan Singapura dengan Perancis.

Encik Attal menjadi Perdana Menteri paling muda Perancis apabila dilantik pada 9 Jan, menggantikan Cik Elisabeth Borne.

Dalam surat kepada Encik Attal yang bertarikh Selasa (16 Jan), Encik Lee berkata Singapura dan Perancis adalah rakan strategik yang menikmati "hubungan dalam pelbagai bidang dan substantif".

"Kami bekerjasama secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, tenaga, pertahanan, inovasi, budaya dan pendidikan," tulisnya.

"Hubungan ekonomi dua hala amat kukuh, dan kami sedang memperluaskan kerjasama dalam bidang baharu seperti ekonomi digital dan hijau."

Encik Lee berkata Kerjasama Digital dan Hijau yang dimeterai kedua-dua negara pada 2022 akan "terus membantu syarikat-syarikat kami mengambil kesempatan dalam sektor-sektor yang pesat berkembang".

Beliau turut menyentuh kerjasama pertahanan Singapura dan Perancis.

"Pada 2023, kami memperingati ulang tahun ke-25 latihan jet canggih Tentera Udara Republik Singapura di Pangkalan Udara Cazaux," kata Encik Lee.

"Kementerian pertahanan kedua-dua negara juga memeterai perjanjian untuk menubuhkan sebuah makmal penyelidikan dan pembangunan bersama, yang akan membangunkan keupayaan kecerdasan buatan kita untuk aplikasi pertahanan. "

Singapura dan Perancis akan meraikan hubungan diplomatik selama 60 tahun pada 2025.

"Saya mengundang anda untuk melawat Singapura dan berharap dapat bekerja dengan anda untuk memperdalam hubungan antara kedua-dua negara," kata Encik Lee.

"(Semoga) diberi kesihatan yang baik dan setiap kejayaan dalam peranan baharu anda."
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita