Skip to main content

Singapura

PM Lee ucap tahniah kepada PM Jepun, Fumio Kishida atas kemenangan dalam pilihan raya

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee ucap tahniah kepada PM Jepun, Fumio Kishida atas kemenangan dalam pilihan raya

Gambar: Pool via AP/Rodrigo Reyes Marin

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong sudah mengutus surat kepada rakan sejawatannya di Jepun, Fumio Kishida untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Parti Demokratik Liberal (LDP) dalam pilihan raya parlimen pada Ahad (10 Jul).

Kerajaan gabungan konservatif Jepun membentuk majoriti besar dalam dewan tinggi parlimen, dua hari selepas pembunuhan anggota terkemuka LDP yang juga mantan perdana menteri, Shinzo Abe.
"Meskipun kejayaan parti anda berlaku pada masa-masa yang sukar berikutan pemergian mantan perdana menteri, Shinzo Abe, baru-baru ini, keputusan pilihan raya ini adalah tanda kepercayaan dan keyakinan rakyat Jepun terhadap kerajaan dan kepimpinan anda," tulis PM Lee dalam surat yang bertarikh Khamis (14 Jul).

Beliau turut menyatakan bahawa Singapura dan Jepun mempunyai "perkongsian yang cemerlang dan berbilang aspek yang didorong oleh hubungan muhibah antara rakyat serta kerjasama erat merentasi pelbagai sektor".

"Semasa mesyuarat yang diadakan baru-baru ini di Tokyo dan Singapura, kita sudah meluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pendigitalan, inovasi dan pertahanan.

"Kita juga sudah bersetuju untuk meneroka kerjasama selanjutnya dalam bidang ekonomi dan penyambungan semula sepenuhnya perjalanan rentas sempadan," tulis PM Lee.

"Saya berharap untuk terus bekerjasama dengan anda untuk mengeratkan lagi hubungan kita," tambah PM Lee.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita