PM Lee ucap tahniah kepada PM baru Laos Sonexay Siphandone
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ahad (1 Jan) mengutuskan ucap tahniah kepada Perdana Menteri baru Laos, Dr Sonexay Siphandone.
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan.
Encik Siphandone dilantik sebagai Perdana Menteri pada 30 Disember lalu menyusuli peletakan jawatan mantan pemimpin negara itu, Phankham Viphavanh, atas sebab kesihatan.
Dalam surat yang diutuskan itu, PM Lee berkata Singapura dan Laos menikmati hubungan yang mesra berteraskan jalinan yang kukuh, serta kerjasama yang berkembang dalam banyak sektor, seperti kerjasama dalam bidang tenaga dan digital.
"Sebagai negara yang juga kecil, kami berkongsi minat untuk menegakkan sistem pelbagai hala berasaskan peraturan yang terbuka dan inklusif," tulis PM Lee.
PM Lee juga menarik perhatian, Singapura dan Laos bekerjasama rapat dalam ASEAN untuk menggalak keamanan dan kemakmuran serantau.
PM Lee berkata Singapura kekal komited dalam menyokong usaha pembangunan Laos, dan melanjutkan kerjasama rapat menerusi Program Kerjasama Singapura.
PM Lee turut mengundang Encik Sonexay untuk melakukan lawatan rasmi ke Singapura.

Sumber : CNA/ZM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.