PM Lee ucap tahniah kepada PM baru Britain Liz Truss
Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Britain yang baru, Lizz Truss. (Gambar: Andrew Milligan / POOL / AFP)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa (6 Sep) mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Britain yang baru, Lizz Truss menyusuli pelantikannya.
Cik Truss dijemput untuk membentuk kerajaan baru oleh Ratu Elizabeth II, sehari selepas mantan menteri ehwal luar itu memenangi undian kepimpinan Parti Konservatif. Beliau mengambil alih jawatan tersebut daripada Encik Boris Johnson, yang sudah menghantar peletakan jawatannya kepada Ratu Elizabeth II pada Selasa (6 Sept).
"Bagi pihak Pemerintah Singapura, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan anda sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK)," menurut PM Lee dalam suratnya.
"Jawatan perdana menteri anda datang pada suatu masa (diiringi) cabaran yang besar, serta peluang dalam persekitaran global yang tidak menentu."
PM Lee menyingkap kembali hubungan antara Singapura dengan Britain dan akur pelibatan Cik Truss dalam perjanjian baru-baru ini antara dua negara tersebut.
"Asas hubungan dua hala kita kekal kukuh. Singapura dan Britain berkongsi hubungan sejarah yang kuat, serta hubungan mesra antara rakyat. Kita bekerjasama dengan berkesan dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan dan pelaburan, keselamatan dan pertahanan, dan dalam kajian serta inovasi," tulis PM Lee.
"Singapura mengesahkan lagi komitmen kami dalam kerjasama ekonomi yang saling memanfaatkan antara satu sama lain melalui Perjanjian Perdagangan Bebas United Kingdom-Singapura, yang anda tandatangani pada Disember 2020 di Singapura."
Selain itu, PM Lee juga menarik perhatian kepada bidang-bidang baru kerjasama dua hala seperti keselamatan siber dan ekonomi digital.
Dalam menyimpulkan surat beliau, PM Lee menyatakan bahawa kedua-dua Singapura dan Britain merupakan "penyokong kuat aturan berbilang pihak berdasarkan peraturan antarabangsa, dan perlunya untuk menegakkan undang-undang antarabangsa", sambil menzahirkan keyakinannya kepada keupayaan kedua-dua negara dalam mengekalkan "momentum yang kuat" dalam hubungan dua hala tersebut.
"Saya berharap untuk terus bekerjasama dengan anda untuk mengukuhkan kerjasama kita pada masa depan," tulis PM Lee.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.