Skip to main content

Singapura

PM Lee ucap tahniah kepada Justin Trudeau atas kemenangan pilihan raya Kanada

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau atas kemenangannya dalam pilihan raya negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee ucap tahniah kepada Justin Trudeau atas kemenangan pilihan raya Kanada

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau memberi ucapan kemenangan selepas pilihan raya umum di Hotel Queen Elizabeth di Montreal, Quebec, pada 21 Sep 2021. (Gambar: Andrej Ivanov/AFP)

Diterbitkan : 28 Sep 2021 05:55PM Dikemas Kini : 28 Sep 2021 06:51PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau atas kemenangannya dalam pilihan raya negara itu.

PM Lee berkata kemenangannya itu mengesahkan kepercayaan rakyat Kanada terhadap kepimpinan PM Trudeau.

Ia merupakan kemenangan PM Trudeau buat kali ketiga.

PM Lee menambah kerjasama antara Singapura dengan Kanada bertambah luas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kedua-dua negara sudahpun berganding bahu untuk menyokong pendekatan berbilang hala dalam pengagihan vaksin dan terus bekerjasama dalam bidang-bidang baru seperti perubahan iklim serta pendanaan hijau.

PM Lee melahirkan keyakinan hubungan dua hala akan terus ditingkatkan.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita